Anak M𝐚ut Dilanggar Bas, Ibu Tuntut Pampasan RM8.1 Juta..

ANAK adalah segala-galanya buat wanita yang bergelar ibu. Malah demi anak, seorang ibu itu sanggup melakukan apa sahaja, walaupun nyawa sendiri menjadi pertaruhan.

Berikut merupakan kisah yang dilalui seorang ibu di Thailand yang menuntut pembelaan atas kematian anaknya ini cukup menyayat hati. Nittaya Rungsatit, 55, yang kehilangan anak tersayang Arunnapa “Eye” Wattanapanich, 19, di dalam satu kemalangan tragis di dalam kampus anaknya itu.

Penuntut jurusan perubatan di Khon Kaen University itu tidak sempat menggapai cita-citanya untuk bergelar seorang doktor apabila m𝐚ut dilanggar sebuah bas dimiliki universiti ketika membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya. Lelaki berkenaan bagaimanapun terselamat walaupun mengalami cedera parah.

Video rakaman kamera litar tertutup memaparkan bas Fakulti Kejururawatan itu dipandu dengan cuai di sebuah persimpangan yang mana terdapat seorang pengawal bertindak mengawal lalu lintas ketika kejadian.

Bagaimanapun, pemandu bas, Surasak Seehawat, 36, membelok tanpa menyedari kewujudan motosikal dinaiki Eye dan rakannya.

Surasak bagaimanapun kemudian menyerah diri di tempat kejadian dan menegaskan bahawa beliau tidak dapat melihat motosikal itu ketika membelok ke kanan.

Jurucakap Balai Polis 𝐌𝐮𝐞𝐧𝐠 𝐊𝐡𝐨𝐧 𝐊𝐚𝐞𝐧 mengesahkan pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah. Lelaki itu bagaimanapun didakwa memandu secara melulu menyebabkan kecederaan parah dan juga kematian. Mahkamah Wilayah 𝐊𝐡𝐨𝐧 𝐊𝐚𝐞𝐧 menolak ikat jamin terhadap beliau.

Abang Eye, Weerawat Yukthirat, 29, yang merupakan alumni universiti tersebut memberitahu media persimpangan berkenaan terkenal dengan kemalangan yang seringkali berlaku. Justeru, beliau kehairanan apabila pihak insitusi pengajian tinggi itu tidak mengambil tindakan segera di atas kemalangan berulang.

Lapor The Thaiger, Weerawat berkata pihak universiti perlu menyiasat sama ada punca kemalangan itu adalah pemanduan melulu atau pengurusan trafik yang tidak sesuai di lokasi kejadian.

Ibu bakal doktor yang m𝐚ut itu tidak mendiamkan diri di atas perkara yang meragut nyawa anaknya itu. Susulan kejadian, Nittaya ke balai polis bagi membincangkan pampasan dengan pihak wakil universiti.

Selepas empat jam berbincang, wanita terbabit menyuarakan hasratnya untuk bertemu terus dengan rektor Universiti Khon Kaen dan bukannya wakil sahaja.

Nittaya menuntut pampasan sebanyak 66 juta baht iaitu sejumlah RM8,197,098.60 dan menjelaskan jumlah itu adalah daripada apa yang anak perempuannya bakal memperolehi selepas tamat pengajian.

Wanita berkenaan membuat perhitungan bahawa anaknya akan menamatkan pengajian pada usia 25 tahun dan bekerja sebagai doktor sehingga arwah berumur 60 tahun.

Ibu berkenaan menambah lagi, beliau belum menerima wang 130,000 baht (RM16,145.80) yang dijanjikan pihak universiti berkenaan. Nittaya mahu segala-galanya diselesaikan pada mesyuarat 12 September nanti dan berharap rektor universiti turut hadir.

Sumber: SinarPlus

About admin

Check Also

Lelaki Dipercayai Ada Masalah Mental Buat Kecoh Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang ‘lelaki misteri’ yang menimbulkan kekecohan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.