Penemuan May𝐚t Pemandu Gr𝐚b, 7 W𝐚rga Asing Diberkas

KUALA LUMPUR: Pihak 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐬 telah memberkas tujuh individu warga asing yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan m𝐚yat pemandu grab dengan kaki terikat dalam but kereta di Jalan Tugu, di sini pada hari ini.

ᴋᴇᴛᴜᴀ ᴘᴏʟɪꜱ ᴅᴀᴇʀᴀʜ ᴅᴀɴɢ ᴡᴀɴɢɪ ᴀꜱɪꜱᴛᴇɴ ᴋᴏᴍɪꜱɪᴏɴᴇʀ ɴᴏᴏʀ ᴅᴇʟʜᴀɴ ʏᴀʜᴀʏᴀ berkata, lima individu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga asing itu berusia 20 hingga 24 tahun telah ditahan pada pukul 12.45 tengah hari.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, pihak 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐬 sekali lagi melakukan serbuan pada pukul 4 petang dan menangkap dua lagi warga asing terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia dalam linkungan 26 dan 22 tahun.

“Kesemua tangkapan ini akan dipohon untuk direman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 K𝐚nun Keseksaan,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, setakat ini pihak 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐬 masih melakukan siasatan berhubung motif dan punca kejadian itu berlaku.

Terdahulu, seorang lelaki dipercayai pemandu grab dijumpai mati dengan kaki diikat dengan kain serta cedera pada bahagian muka dan telinga di dalam but kereta di Jalan Tugu, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, dua anggota ᴜɴɪᴛ ᴋᴇʀᴇᴛᴀ ᴘᴇʀᴏɴᴅᴀ ᴘᴏʟɪꜱ (ᴍᴘᴠ) ᴅᴀʀɪ ɪʙᴜ ᴘᴇᴊᴀʙᴀᴛ ᴘᴏʟɪꜱ (ɪᴘᴅ) Dang Wangi telah mengesan sebuah kereta Perodua Bezza di bulatan Hishammuddin, berhampiran Bank Negara, di sini yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

Kereta peronda MPV tersebut segera mengejar kereta berkenaan sebelum pemandunya memberhentikan kereta di tepi jalan berhampiran Bangunan Majlis Perubatan Malaysia, Jalan Tugu, di sini.

Ketua 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐬 Kuala Lumpur, 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐳𝐦𝐢 𝐀𝐛𝐮 𝐊𝐚𝐬𝐬𝐢𝐦 berkata, empat penumpang termasuk seorang wanita tersebut kemudian melarikan diri ke arah landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Tugu.

Sumber: Kosmo Online

About admin

Check Also

Lelaki Dipercayai Ada Masalah Mental Buat Kecoh Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang ‘lelaki misteri’ yang menimbulkan kekecohan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.