Keturunan Ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Kembali Ke Langkawi

TENTU ramai masih mengingati tentang keturunan ketujuh Mahsuri, iaitu Wan Aishah Wan Nawawi. Wanita itu kini telah berstatus ibu dan kembali ke Langkawi.

Wan Aishah atau nama Thainya adalah Sirintra Yayee atau Nong May dikatakan adalah waris generasi ketujuh Mahsuri di pulau bersejarah Langkawi itu.

Dalam beberapa video, Wan Aishah kembali menjadi tular di laman sosial TikTok selepas menjejakkan kaki ke Langkawi.

Lebih menarik, beliau tidak lupa melawati lokasi penuh sejarah nenek moyangnya ketika berada di Langkawi iaitu Makam Mahsuri. Istimewanya, kali ini wanita berusia 37 tahun itu turut membawa bersama anak lelakinya.

PELBAGAI VERSI KISAH MAHSURI DI PULAU LANGKAWI SERING MENJADI BUALAN RAMAI MENYEBABKAN ADA BERANGGAPAN IA SEKADAR MITOS ATAU DONGENG SAHAJA. MALAH ADA YANG MENGATAKAN KELAHIRAN WAN AISHAH PADA TAHUN 1985 MERUPAKAN PENAMAT SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN.

Bagi yang tidak mengetahui lanjut berkenaan wanita yang dikatakan keturunan yang ketujuh Mahsuri ini, berikut 10 info menarik mengenai Wan Aishah;

1. Wan Aishah Wan Nawawi atau nama Thailandnya, Sirintra Yayee atau Nong May dipercayai sebagai keturunan ketujuh Mahsuri.

2. Wan Aishah merupakan anak kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

3. Tidak hanya bapanya, ibu Wan Aishah, Sumaini juga adalah berketurunan Mahsuri.

4. Wan Aishah telah menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand dan pernah mengunjungi Langkawi pada kali pertama pada tahun 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.

5. Malah Wan Aishah juga telah ditawarkan oleh kerajaan untuk menetap dan belajar di Malaysia ketika itu.

6. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama setahun.

7. Wan Aishah juga telah menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

8. Wan Aishah telah memilih seorang usahawan muda industri pelancongan, Alee Tongyon sebagai pasangan hidupnya dan berkahwin pada tahun 2010.

9. Majlis resepsi mereka telah berlangsung di Kompleks Kota Mahsuri, Langkawi.

10. Penampilan Wan Aishah yang kini berhijab dan telah menjadi seorang ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, rata-rata warga maya memuji kecantikkan Wan Aishah. Malah dia dikatakan mewarisi kecantikan moyangnya itu.

Sumber: SinarPlus

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *