Budak 14 Tahun M๐š๐ฎ๐ญ Kemalangan, Bagaikan Sudah ‘Tahu’ Lebih Awal Melalui Karangan

Pada 27 Ogos yang lalu, satu kemalangan yang menyayat hati berlaku melibatkan kematian seorang kanak-kanak berusia 14 tahun bersama datuk dan neneknya di Kilometer 135.7 di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Allahyarham Danial Danish Mohd Ali bersama datuknya, Shamsuddin, 75 dan neneknya, Kamariah Hamzah, 72, terlibat dalam kemalangan selepas sebuah treler terbabas ke lorong kecemasan lalu merempuh Proton Exora yang dinaiki keluarga tersebut yang katanya dalam perjalanan bercuti ke Terengganu dari ibu negara, lapor Berita Harian.

Karangan Arwah Danial bagai sudah โ€˜tahuโ€™ apa yang bakal berlaku

Pun begitu, baru-baru ini telah tular sebuah screenshot memaparkan karangan yang ditulis Danial semasa peperiksaan 3 hari sebelum kemalangan berlaku yang menceritakan mengenai tragedi yang terjadi semasa percutian keluarganya.

Menerusi karangan berkenaan, Danial telah menulis โ€˜pada ketika itu di tengah jalan raya tengah sesak dan ada kereta merempuh kereta keluarga saya. Selepas merempuh kereta saya tidak boleh bergerak langsungโ€™.

Kemudian dia juga menyambung, โ€˜keluarga saya telefon โ€˜t0wingโ€™, saya dan mak saya ikut orang yang menolong di tempat tadi dan kita orang duduk di tempat rehat dari pukul 6 petang sehingga pukul 3 pagiโ€™.

Lebih mengejutkan dia juga menulis, โ€˜saya bosan menunggu t0wing ambil kita orang dan kereta itu t0tal lostโ€˜ yang mana mempunyai persamaan dengan situasi yang telah menimpa keluarga tersebut.

Menurut netizen, tulisan karangan itu seolah-olah Danial mendapat โ€˜firasatโ€™ bahawa dia sudah โ€˜tahuโ€™ apa yang bakal berlaku keatas dirinya.

Hal ini kerana, kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu terjadi ketika kereta mangsa yang mengalami kerosakan sedang dinaikkan oleh trak penunda di lorong kecemasan sebelum kereta mangsa dirempuh treler.

Guru dan keluarga tergamam apabila membaca karangan mangsa

Guru Danial yang memeriksa kertas peperiksaan pada malam kejadian itu juga agak terkejut selepas menyemak semula karangan yang ditulis oleh mangsa.

Ibu saudara Danial, Azlina Mohamad, 44, memberitahu sumber yang dia tergamam melihat butiran dalam karangan anak saudaranya itu.

“Karangan arwah Danial mengejutkan saya. Saya tidak tahu apa yang b0leh saya katakan mengenainya,โ€ katanya.

Manakala bapa saudaranya, Azreen Mohamad di Facebook juga berkongsi akan hal yang serupa serta mendoakan yang terbaik buat anak saudaranya itu.

Apa-apapun marilah kita sama-sama mengirimkan Al Fatihah buat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang telah menimpa.

Sumber: Lobak Merah

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *