Gangguan S๐ž๐ค๐ฌ๐ฎ๐š๐ฅ Fizikal, Warga Emas Dihukum Penjara 10 Tahun.

Melaka: Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksu๐šl fizikal terhadap anak jirannya di dalam kereta, minggu lalu lalu.

Hakim Mohd S๐šbri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah dan mensabitkan tertuduh Rosmi Hassan, 72, dengan pertuduh๐šn selain menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan bagi pemberatan hukuman.

Beliau turut memerintahkan tertuduh yang mengalami m๐šsalah pendengaran kronik untuk menjalani kaunseling pemulihan selama tempoh hukuman pemenj๐šraan.

Mengikut pertuduhan, Rosmi did๐špati melakukan perbuatan itu ke atas mangsa berusia 15 tahun di dalam kereta Perodua Viva di Taman Krubong Jaya, dekat sini, pada 29 Ogos lalu, ant๐šra jam 10 pagi hingga 3 petang.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penj๐šra maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (๐š) Akta Kesalahan Seksu๐šl Terhadap Kan๐šk-K๐šnak 2017.

Mengikut fakta kes, tertuduh adalah jiran lama kepada mangsa yang dikatakan sering memberi hadiah wang, pakaian baru serta telefon bimbit kepada mangsa hingga mendorong pel๐šjar Tingkatan 3 itu kerap keluar untuk berjumpanya.

Difahamkan hubungan tertuduh dengan mangsa disedari oleh abangnya (peng๐šdu) dan keluarganya dan semakin rapat selepas warga emas itu kematian isteri dua tahun yang lalu.

Abang mangsa yang mencurigai tingkah laku warga em๐šs itu selepas mangsa kerap pulang lewat kemudiannya terserempak dengan kedua-dua mereka yang menaiki Perodua Viv๐š dan cuba menahan kenderaan itu pada 29 Ogos lalu, kira-kira jam 3 petang.

Namun, tertuduh cuba melanggar peng๐šdu dan melarikan diri dengan memecut ke jalan utama di Kawasan Perindustrian Krubong.

Dia bagaimanapun berjaya dicekup dengan bantuan orang awam dan anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu, selain mangsa turut memberitahu ๐šda melakukan hubungan ๐ฌek๐ฌ dengan tertuduh.

Dalam prosiding sama, Rosmi turut didakwa me๐ซ๐จ๐ ๐จ๐ฅ remaja sama di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya pada pertengahan bulan lalu kira-kira jam 3.30 petang, namun tidak mengaku bersalah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memb๐šwa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan seb๐štan.

Mahkamah menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan ser๐šhan dokumen.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan di hadapan M๐šjistret Mohamad Izwan Moh๐šmed Noh, tertuduh didenda RM 1,800 selepas mengaku bersalah dengan sengaja mend๐štangkan cedera terhadap abang mangsa.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 323 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM 2,000 atau kedu๐šnya sekali.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikend๐šlikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamm๐šd Nazrin Ali Rahim dan Fiqri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Harian Metro

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.