MENYEDIHKAN! Seorang ibu berdepan detik tragis apabila melihat sekujur badan anak perempuannya yang telah kaku di depan mata.
Anak adalah segala-galanya bagi wanita yang bergelar seorang ibu. Malah demi anak, ibu sanggup melakukan apa sahaja, walaupun nyawa sendiri akan menjadi pertaruhan.
Justeru, amat pilunya hatinya seorang ibu ini apabila berdepan detik kehilangan anak yang sangat menyedihkan.
Menurut laporan media tempatan, berikut perincian daripada kes berkaitan;
1- Remaja perempuan berusia 13 tahun itu telah dilaporkan dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, George Town, Pulau Pinang, hari ini.
2- Mangsa yang ditemui dalam keadaan tertiarap di bahagian bumbung tempat letak kenderaan kondominium tersebut sekitar pukul 6.30 pagi dan kejadian itu disedari oleh ibu mangsa.
3- Ibu mangsa kemudiannya segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
4- Menurut ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐ ๐๐ฎ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ, ๐ฆ๐๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฟ๐๐น ๐ฅ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐น, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut.
5- ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ผ๐บ๐ฏ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐, ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ถ ๐๐ผ๐บ๐ฏ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐, ๐ฅ๐ผ๐ต๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น ๐๐๐ถ๐ memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.48 pagi. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru segera bergegas ke lokasi kejadian.
6- Ujar Rohaizal, sebaik tiba anggota bomba menemui mangsa perempuan berusia 13 tahun di atas bumbung tingkat satu selepas dikatakan telah terjatuh dari aras 11.
7- Katanya lagi, pihaknya membantu polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) menurunkan mangsa dari bumbung tempat letak kenderaan itu.
8- Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
Sumber: SinarPlus