KOTA BHARU: Gerak hati seorang isteri yang rasa tidak sedap hati sebaik arwah suaminya menghantar ke tempat kerja memberi petanda yang dia bakal kehilangan insan yang dicintainya itu buat selama-lamanya.
Menurut Nur Aishah Mat Hassan, 22, sebelum arwah suaminya, Mohamad Norhakim Nor Rusdi, 21, ???? dalam kemalangan di kilometer 71 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai, dekat Kampung Damar, kelmarin, dia beriya-iya meminta supaya arwah suami menghantarnya ke tempat kerja di Machang selepas arwah baru pulang daripada berniaga satay.
Katanya, selepas menghantarnya ke tempat kerja pada 3.42 petang semalam, arwah suami ke rumah saudaranya di Kampung Pahi, Kuala Krai untuk berjumpa dengan adiknya yang bakal berangkat ke Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, tidak beberapa lama selepas itu, adik arwah menghubungi saya dan memaklumkan abangnya masih belum sampai setelah menunggu selama sejam dan saya kemudiannya terus menghubungi telefon arwah lebih 10 kali, tetapi tidak berjawab selain mesej yang dihantar melalui WhatsApp juga tidak dibaca oleh arwah” Jelas Nur Aishah.
“Sepanjang berada di tempat kerja saya tidak tenteram selain perasaan juga berdebar-debar selepas tidak dapat menghubungi arwah suami sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada keluarga yang memaklumkan anggota polis datang ke rumah dan meminta membuat pengecaman ke atas mayat yang terbabit di dalam kemalangan di Kuala Krai.
“Pada waktu itu, saya sudah dapat merasakan, mangsa kemalangan yang ???? adalah suami sendiri memandangkan nombor pendaftaran kereta yang diberitahu oleh anggota polis yang datang ke rumah adalah kereta yang dinaiki oleh arwah ketika menghantar saya ke tempat kerja,” katanya ketika dihubungi, di sini, pada hari ini.
Media semalam melaporkan, Mohamad Norhakim meningg?l dunia di lokasi kejadian akibat tersepit serta mengalami kecederaan.
????? ????? ?????? ????? ????, ????????????? ??????? ???????? berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang memandu dari arah Kota Bharu menuju ke Gua Musang secara tiba-tiba telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres.
Bas ekspres yang membawa 17 penumpang itu datang dari arah Gua Musang ke Kota Bharu kemudiannya telah bergesel dengan Perodua Kelisa dipandu wanita berusia 40 tahun yang ketika itu berada di belakang kereta yang dipandu mangsa.
Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan telah meningg?l dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu bas ekspres hanya mengalami luka dan calar.
Sementara itu, 17 penumpang bas ekspres serta pemandu Perodua Kelisa tidak mengalami kecederaan.
Nur Aishah berkata, arwah suaminya itu sebelum ini seorang yang suka bergurau, namun sejak beberapa hari lalu berubah menjadi pendiam dan tidak menyangka perubahan itu petanda yang arwah akan meningg?lkannya buat selama-lamanya.
“Saya dan arwah baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 13 Ogos lalu dan kini kehilangan pasangan hidup yang menjadi sandaran untuk bergantung harap, namun perlu kuat demi meneruskan hidup dan menerima qada dan qadar Allah SWT ini.
“Alhamdulillah, arwah juga suami sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pahi pada jam 11 pagi tadi,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro