“Dia Bukan Bapa Saya”, Anak Sahkan Lelaki Seakan Bapa Bukan Kru MH370

PETALING JAYA: “Saya ingin menjelaskan bahawa dia bukan bapa saya”.

Itu reaksi Maira Elizabeth Nari, anak kepada salah seorang kru pesawat Malaysia Airlines MH370, Andrew Nari susulan tular wajah seakan-akan bapanya yang kononnya kini tinggal di sebuah pulau.

Menerusi hantaran pada Instagram Maira, dia memberitahu telah menerima banyak mesej peribadi daripada pengguna laman sosial berhubung dakwaan tersebut.

“Telah menarik perhatian saya, dikatakan individu ini bapa saya atau kelihatan seakan bapa saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej secara peribadi. Saya minta maaf tidak dapat membalasnya kerana memang sangat banyak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Maira turut mengucapkan terima kasih serta menghargai ingatan terhadap mereka yang terlibat dalam tragedi MH370 tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook wajah seakan-akan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 kononnya mereka kini berada di sebuah pulau.

Berikutan itu, akaun tersebut dihujani komen-komen rakyat Malaysia, malah ada pihak mengecamnya kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga, bahkan juga kepada rakyat Malaysia.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 yang lalu.

Penerbangan pesawat B777-200 itu telah berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dan dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi waktu tempatan, pada hari yang sama.

Ia membawa seramai 227 penumpang termasuk dua bayi dan juga 12 kru.

Sumber: KOSMO! ONLINE

About admin

Check Also

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Tindakan beberapa individu yang membuat live di aplikasi TikTok sambil bergurau sesama sendiri menggunakan lawak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *