Kecoh! Teman Wanita Ceroboh Padang Bola Panggil Teman Lelaki Balik?

Aksi seorang wanita mengundang kecaman netizen selepas videonya memasuki padang bola ketika satu perlawanan bola sepak sedang berlangsung.

Menurut sumber, wanita terbabit berkelakuan sebegitu kerana mahu memanggil salah seorang daripada pemain yang disyaki teman lelakinya untuk pulang.

Aksi terbabit mula viral setelah ianya dikongsikan ke media sosial. Rata-rata pengguna media sosial kurang setuju dengan tindakan wanita terbabit dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang memalukan pada si teman lelaki.

Korang boleh tengok video tu di bawah ini:

Menerusi video terbabit, fokus semua yang berada di padang itu mula teralih selepas wanita bertopi keledar itu dengan selamba berjalan memasuki padang.

Pada mulanya, ramai yang menyangka mungkin ada kecemasan yang berlaku. Namun begitu, setelah melihat aksi si teman lelaki yang jelas terganggu dengan tindakan pasangannya itu, ramai netizen mula berubah fikiran mereka itu.

“Nak kata ada emergency tapi gaya si lelaki tak nampak macam ada emergency pun,” tulis salah seorang netizen.

“Tak ada adabnya selamba malukan pasangan depan umum macam tu,” kata netizen yang lain pula.

Sumber: Suarabatam dan Lobak Merah

About admin

Check Also

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Tindakan beberapa individu yang membuat live di aplikasi TikTok sambil bergurau sesama sendiri menggunakan lawak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *