Tergamak Tikam Dan Tetak Teman Wanita, Gara-Gara Minta Putus

Kadang-kadang tu, kita memang tak boleh jangka apa yang akan berlaku walaupun dah kenal dengan seseorang itu terlalu lama.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Masai, Pasir Gudang telah membuat tindakan ganas dengan menikam dan menetak teman wanitanya gara-gara bengang dengan teman wanitanya tersebut yang enggan menyambung percintaan mereka, lapor Utusan.

Insiden yang berlaku pada 31 Ogos baru-baru ini dilaporkan terjadi di sebuah apartment di Masai.

Menurut ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐€๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐ฎ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐ž๐ง๐๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐’๐จ๐ก๐š๐ข๐ฆ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ก๐š๐ค, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian ini dari seorang pegawai keselamatan yang telah terdengar jeritan mangsa.

Pengadu memberitahu bahawa dia telah mendengar pergaduhan dari unit kediaman tersebut sebelum melihat suspek sedang memegang pisau sementara mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah.

Suspek bertindak mencederakan mangsa dengan menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa menyebabkan mangsa luka pada bahagian muka, lengan, pergelangan tangan dan juga rusuk.

โ€œSiasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan mereka itu.โ€

Pihak polis berjaya menahan lelaki tersebut dan turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Pemeriksaan awal ke atas suspek mendapati lelaki berkenaan ada mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah.

โ€œKes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun berserta denda atau sebat, jika disabit kesalahan.โ€

Allahu, berharap mangsa dapat pulih sepenuhnyaโ€ฆ

Sumber: Lobak Merah

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.