Lelaki Keliru Kereta Kena Clamp Parkir Di Petak Kosong, “Apa Salah Saya”

Jika sesebuah kenderaan diletakkan pada kawasan yang dilarang, kenderaan tersebut memang boleh dikenakan tindakan clamp sebagai ‘hukuman’. Namun bagaimana pula jika anda jadi seperti pihak pemilik Myvi ini, kereta kena clamp walaupun dia telah meletakkannya di ruangan parkir yang sepatutnya.

Menurut lelaki itu, dia meletakkan keretanya di kawasan parkir di dalam pusat beli-belah. Apabila hendak pulang, dia mendapati keretanya telah kena clamp dan ada sekeping notis denda memintanya untuk bayar RM100 untuk membuka clamp tersebut.

Dalam video berdurasi 41 saat itu juga, dia menjelaskan bahawa tiada ‘notis’ atau ‘tanda’ menyatakan tidak boleh meletakkan kenderaan pada ruang parkir tersebut.

Dia turut menegaskan keretanya juga tidak menghalang laluan mana-mana kenderaan yang lain. Ini kerana kereta di hadapannya adalah milik rakan dan dia boleh terus keluar dari tempat parkir itu tanpa sebarang masalah.

Perkongsian video itu turut menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen, ada mendakwa berkemungkinan parkir itu khusus untuk kedai cuci kereta yang ada bersebelahan tempat keretanya.

Ada juga yang pernah menghadapi ‘situasi sama’ menyatakan gara-gara mereka terlupa kunci kereta, jadi ada pihak yang clamp kereta terbabit atas sebab keselamatan bagi mengelakkan kereta itu daripada dicuri atas faktor keselamatan.

Tidak kurang juga ada berpendapat, kotak parkir yang mempunyai nombor itu sebenarnya adalah ‘parking khas’. Manakala bagi parkir yang tidak mempunyai nombor pula barulah boleh digunakan 0leh pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai menyarankan kepada pemandu Myvi itu agar pergi ke pejabat pengurusan pusat beli-belah tersebut bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengapa keretanya telah di clamp semasa meletakkan kereta di ruang parkir itu.

Netizen juga memintanya update video baharu supaya orang ramai tahu apa ‘kesalahan’ yang dibuatnya sehingga kereta kena clamp.

Sumber: The Vocket

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *