Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia mengaku mempunyai kesukaran untuk menghantar sihir kepada orang Islam yang sering menjaga solatnya. Baginya, orang yang menjaga solat adalah dari kumpulan manusia yang bersih hatinya.
Penyihir rusia mengaku tak boleh sihir orang muslim (yg jaga ibadah). Pentingnya solat, zikir dan doa. Hampir semua peceraian dan keluarga berpecah belah berpunca tak jaga solat. pic.twitter.com/ABkGaN4BEo
— CS (@CahayaSakinah_) September 3, 2022
Dalam video yang dimuat naik oleh Cahaya Sakinah di laman Twitter miliknya, kelihatan seorang wanita, iaitu bomoh tersebut yang diwawancara oleh seorang lelaki dalam bahasa Rusia. Mereka membincangkan mengenai pekerjaan wanita terbabit dan mengungkap beberapa persoalan mengenai dunia sihir ini.
Ketika ditanya, “Adakah lebih sukar untuk mempengaruhi sese0rang jika hatinya bersih?” Wanita terbabit menjawab, “Ya, tentu shj. Dalam menghadapi pelbagai agama, sangat sukar untuk mempengaruhi 0rang Islam. Kerana mereka selalu berhubung dengan entiti yang tidak kelihatan”
“Mereka diwajibkan untuk beribadah pada setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam semacam jenis ‘kubah pelindung.’ Sangat sukar untuk menyerang mereka ini. Ketika diserang dengan sihir, orang Muslim ini akan menghadap ‘pengawas’ mereka dalam doa, doa mereka bukan selingan, seperti yang dilakukan orang kristian yang hanya datang ke gereja ketika hidup mereka sempit sahaja” jelas beliau lagi.
“Kemudian selama lima tahun berikutnya, [0rang kristian ini] hilang hubungan dengan tuhan dan ajaran gereja. Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pelindung mereka dan pelindung ini sangat pr0tektif. Jadi menyerang muslim yang taat pada agamanya adalah sangat sulit dilakukan,” katanya.
Tidak pasti siapakah nama wanita terbabit, namun perkongsiannya telah membuka mata beberapa rakyat muslim di Malaysia tentang betapanya pentingnya kita untuk menjaga solat.
Fyi, aku pun ada member ex-bomoh. Dia pun cakap sama. Ramai je orang solat, tpi yg betul2 khusyuk tu susah nak tembus. Sbb sblm dia attack org, dia akan hantar something yg dia bela utk observe dulu org tu alim ke tak. Then baru dia hantar sihir. Tpi dia insaf skrg. https://t.co/tsUrbuu1tZ
— Siti Nurhazlinda (@nrhzlinda) September 3, 2022
Melalui perkongsian Siti Nurhazlinda di akaun Twitter miliknya, dia turut mengaku bahawa kebanyakan bomoh akan menghantar sesuatu kepada mangsanya untuk meneliti jenis keperibadian mangsanya. Jika seseorang itu menjaga solat, peluang untuk beliau terkena sihir amatlah tipis.
“For you information, aku pun ada member ex-b0moh. Dia pun cakap benda sama. Ramai je orang s0lat, tapi yang betul-betul khusyuk tu susah nak tembus. Sebab sebelum dia serang orang, dia akan hantar sesuatu yang dia bela untuk observe dulu 0rang tu alim ke tak. Then baru dia hantar sihir tapi dia dah insaf sekarang”
“Why dia buat macam tu dengan observe dulu bagai? Sebab kalau salah sihir dia b0leh mati. Sihir tu berbalik pada dia pula. Kalau tak dapat target, dia akan hantar kat ahli keluarga lain target yang tak berapa nak beribadah sangat. Senang cerita dia target orang-orang lemah yg lain,” katanya.
Sumber: TheVocket