(VIDEO) Wanita Dipukul Di Rumah Anak Yatim Cetus Kekecohan

Sebuah rakaman menunjukkan remaja perempuan dipukul oleh pekerja rumah anak yatim di Arab Saudi telah mencetuskan perdebatan di media sosial pada baru-baru ini.

Video yang telah tular pada 31 Ogos 2022 lalu itu turut menarik perhatian badan pemerhati hak asasi manusia yang mendesak agar kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan terhadap pelakunya.

Mengikut laporan VICE News, insiden ini telah terjadi selepas berlakunya bantahan oleh beberapa penduduk rumah anak yatim mengenai keadaan rumah yang begitu daif itu.

Tidak jelas siapa yang merakam video tersebut, namun ia dipercayai mula tular di Twitter, dan kemudiannya dikongsi semula oleh pemantau hak asasi manusia.

Dilaporkan bahawa remaja yang terbabit memulakan bantahan tersebut dengan melakukan aksi mogok lapar. Namun mereka kemudiannya dipaksa masuk ke dalam dan ada sebahagian daripada mereka telahpun dipukul. Seorang wanita dilihat diseret dengan tangannya digari.

𝐓𝐮𝐫𝐤𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐓𝐚𝐥𝐚𝐥, 𝐠𝐚𝐛𝐞𝐧𝐨𝐫 𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐀𝐬𝐢𝐫, lokasi di mana rumah anak yatim itu terletak, berjanji untuk menyegerakan siasatan menyeluruh ke atas kejadian itu.

Video menyayat hati itu telah ditonton berjuta-juta kali di pelbagai platform media s0sial.

𝐋𝐢𝐧𝐚 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐭𝐡𝐥𝐨𝐮𝐥, seorang aktivis hak asasi manusia Saudi, menganggap kejadian itu menggambarkan betapa kejamnya layanan yang diterima oleh golongan wanita di negara Dolar Petro setiap hari.

Loujain 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐭𝐡𝐥𝐨𝐮𝐥 yang kini ditahan kerana mengadakan demonstrasi menentang larangan wanita memandu berkata, “Beginilah cara rejim 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐥𝐦𝐚𝐧 [𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐛 𝐒𝐚𝐮𝐝𝐢] menahan rakyatnya,” kata Lina menerusi akaun Twitternya.

Sumber: The Vocket

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.