Anak OKU Ditinggalkan Sendirian Cedera Terjatuh Dari Tingkat 1

Kejam! Seorang Ibu sanggup tinggalkan anak bersendirian di rumah yang sememangnya boleh ‘menempah’ malapetaka.

Seperti satu kejadian yang terjadi di Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor, seorang anak remaja berusia 13 tahun itu cedera apabila ditinggal ibu bersendirian.

Remaja yang juga orang kurang upaya (OKU) itu ditinggalkan seorang diri di rumahnya di Taman Melawati dan ibunya dipercayai telah menginap di sebuah hotel.

Memetik laporan media tempatan, menurut ᴋᴇᴛᴜᴀ ᴘᴏʟɪꜱ ᴅᴀᴇʀᴀʜ ᴀᴍᴘᴀɴɢ ᴊᴀʏᴀ, ᴀꜱɪꜱᴛᴇɴ ᴋᴏᴍɪꜱɪᴏɴᴇʀ ᴍᴏʜᴀᴍᴀᴅ ꜰᴀʀᴏᴜᴋ ᴇꜱʜᴀᴋ, wanita berusia 43 tahun itu bertindak sedemikian kerana mahu membawa anak bongsunya ke latihan berenang.

Namun tragedi malang itu menimpa apabila anak keduanya itu yang mempunyai masalah pembelajaran dan autisme, bertindak terjun dari tingkat satu apartmen mereka sebelum terjatuh di atas kereta, kelmarin.

Wanita berkenaan pada mulanya menerima panggilan daripada bekas suaminya pada jam 8.32 pagi memaklumkan anak mereka terjun dari kediaman terbabit. Menurutnya, mangsa terjun dari tingkat satu lalu terjatuh ke atas kereta.

Mangsa mengalami kecederaan iaitu lima jahitan di bahagian kepala, tangan sebelah kanan retak dan juga cedera di muka. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Ampang.

Dipercayai semasa kejadian ibunya itu meninggalkan mangsa seorang diri di kediaman sejak jam 9.15 malam kelmarin kerana membawa anak perempuan yang berusia lima tahun pergi latihan renang dan bermalam di hotel di sekitar Damansara.

Susulan itu, pada jam 2 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah membuat tangkapan terhadap wanita berkenaan.

Suspek akan direman di Mahkamah Ampang hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kepada kanak-kanak.

Justeru, kita sebagai ibu bapa, ingatlah, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk kita jaga dan bentuk sebaik-baiknya.

Sumber: SinarPlus

About admin

Check Also

Lelaki Keliru Kereta Kena Clamp Parkir Di Petak Kosong, “Apa Salah Saya”

Jika sesebuah kenderaan diletakkan pada kawasan yang dilarang, kenderaan tersebut memang boleh dikenakan tindakan clamp …

Leave a Reply

Your email address will not be published.