Bayi 6 Bulan M𝐚ut Dipercayai Didera Ibu Bapa Kandung

KUALA LUMPUR: Seorang wanita telah ditahan, manakala suaminya diburu kerana dipercayai menyebabkan kematian bayi lelaki mereka yang baru berusia enam bulan selepas dikatakan terjatuh dari katil kediaman mereka di Kampung Klang Gate, Ampang dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, iaitu Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek berusia 34 tahun itu ditahan di Lobi Utama Tingkat 2, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Tunku Azizah Kuala Lumpur di sini, pada jam 8.40 malam tadi.

“Kejadian dilaporkan oleh seorang Pegawai Perubatan yang bertugas di Zon Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tunku Azizah kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin”

“Pengadu memaklumkan menerima pesakit iaitu bayi berusia enam bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan juga sawan.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, terdapat kesan lebam di bahagian peha kanan dan kening atas mata mangsa bayi terbabit. Pengadu syaki terdapat unsur penderaan,” katanya dalam kenyataan, pada hari ini.

Katanya, selepas hampir 24 jam menerima rawatan, bayi malang terbabit telah disahkan meningg𝐚l dunia pada jam 4.30 petang semalam. Mangsa adalah anak ketiga daripada tiga beradiknya.

Mohamad Farouk berkata, suspek tidak mengaku membun𝐮h mangsa namun mendakwa anaknya ada mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan kening akibat terjatuh dari katil semasa dalam jagaannya beberapa hari yang lalu sebelum dibawa ke hospital.

“Semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai elektrik di ibu negara, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing turut bebas daripada sebarang jenis dadah.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan dan juga kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pihak polis kini sedang mengesan suami suspek, iaitu seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

Difahamkan, lelaki terbabit menghilangkan diri selepas menghantar bayinya ke hospital, kelmarin dan juga mematikan telefon bimbitnya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya ditalian yang berikut 03-42897222.

Sumber: Berita Harian

About admin

Check Also

Lelaki Keliru Kereta Kena Clamp Parkir Di Petak Kosong, “Apa Salah Saya”

Jika sesebuah kenderaan diletakkan pada kawasan yang dilarang, kenderaan tersebut memang boleh dikenakan tindakan clamp …

Leave a Reply

Your email address will not be published.