Bayi Lahir “Luar Biasa”, Bahagian Bawah Menyerupai Tanduk

Seorang bayi di India telah dilaporkan lahir dengan struktur tubuh berbentuk seakan-akan tanduk pada bahagian bawah yang sepatutnya adalah sepasang kaki. Bayi itu dilahirkan di Daerah Shivpuri di tengah-tengah negara India.

Menurut laporan, seorang doktor di hospital tersebut berkata bahawa bayi masih belum berkembang dengan baik semasa lahir dengan berat hanya 2.31 lbs, kurang dari berat yang normal. Namun, bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil pada ketika itu.

Memetik Mirror, pakar masih tidak dapat memastikan sama ada bayi itu mengalami sebarang keadaan kesihatan lain yang boleh memudaratkan kehidupan bayi tersebut. Bayi tersebut telah dilahirkan pada 26 Ogos yang telah lalu.

Pada bulan lalu, agensi berita Mirror ada melaporkan tentang seorang lagu bayi yang menimbulkan rasa tidak percaya apabila ia dilahirkan dengan sepasang kaki dan tangan lebih daripada yang sepatutnya seorang manusia ada.

Mahupun begitu, bayi tersebut tetap menerima pujian dari orang ramai dengan mengatakan bahawa dia merupakan salah satu โ€˜keajaiban alam semestaโ€™.

Gambar tersebut yang tular menunjukkan seorang bayi yang dilahirkan dengan berat 2.96 kilogram itu dengan empat anggota badan yang lebih menjadi tular sehingga orang ramai hadir ke hospital semata-mata untuk melihat bayi tersebut.

Sumber: Siakap Keli

About admin

Check Also

Lelaki Dipercayai Ada Masalah Mental Buat Kecoh Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang ‘lelaki misteri’ yang menimbulkan kekecohan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.