INDONESIA: Seorang petani dilapor menjumpai sebuah beg di sawah yang mengandungi ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ seorang wanita yang sudah pun reput, lapor detikJatim.
Menurut laporan, beg berwarna merah yang mencurigakan itu telah ditemui di kawasan berhampiran sawah Dusun Ploso, Gresik dan terdapat bau yang amat busuk datang dari beg itu.
Ketua Penduduk Ploso, Suyitno menyatakan kejadian bermula ketika seorang petani hendak ke sawah dan menemui sebuah beg berwarna merah yang mencurigakan beliau.
Apabila dibuka, dia mendapati bahawa beg itu mengandungi ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ seorang wanita yang sudah pun reput.
โBeg tersebut dijumpai oleh penduduk sekitar yang ingin turun ke sawah sekitar pukul 08.00 pagi waktu tempatan,โ kata Suyitno kepada detikJatim.
Jelas Suyitno, ketika itu salah seorang penduduk mahu menebang pokok pisang dan terhidu bau yang agak busuk. Selepas menjumpai punca bau, ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ wanita itu ditemui dalam beg berwarna merah tersebut.
Difahamkan beg tersebut terbuka kerana zipnya telah rosak dan didakwa kerana ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ tersebut membengkak menyebabkan beg itu terbuka.
โSelepas itu, saya terus melaporkan kejadian tersebut ke ketua kampung dan Polis Benjeng,โ jelas Suyitno lagi.
Dari pemerhatian detikJatim, ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ wanita itu terbaring di tepi jalan alternatif yang menghubungkan Kampung Bengkelo Lor dan juga Kampung Geluran Ploso.
โJalan ini memang sunyi, kurang pencahayaan dan juga rosak. Jalan ini menjadi alternatif sejak Jambatan Kacang ini runtuh,โ tambah Suyitno.
Menurut pihak polis, mereka mengesyaki ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ tersebut adalah hasil mangsa pem๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐กan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Gresik, Iptu Wahyu Rizki Saputro berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung penemuan ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ perempuan itu. โKemungkinan mangsa telah di๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ก,โ kata Wahyu.
Namun, itu hanyalah andaian dan polis masih menyiasat lebih lanjut dengan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.
Menurut Wahyu berdasarkan keadaan lokasi ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ ditemui, kemungkinan besar ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ di๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ก di tempat lain dan seterusnya dibuang di situ.
Dilaporkan ketika ditemui penduduk, sebahagian badan ๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ telah terkeluar dari beg tersebut.
โApabila ditemui, keadaannya (๐ฆ๐๐ฒ๐๐ญ) sebahagiannya telah keluar dari beg. Mangsa dianggarkan telah ๐ฆ๐๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ dunia lebih dua hari,โ kata Wahyu lagi.
Selepas bedah siasat dilakukan, identiti wanita itu akhirnya telah dikenalpasti.
โDaripada hasil pengecaman, mangsa berumur 42 tahun yang juga merupakan penduduk Tunjungrejo Lor, Yosowilangun, Lumajang,โ kata Wahyu.
Sumber : detikjatim & Siakapkeli