Pelakon Ashraf Muslim meluahkan penghargaan buat dua orang isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahamad Saburi kerana sentiasa berada di sisi dalam keadaan sus4h mahupun senang.
Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon berusia 41 tahun itu mengakui sudah lama tidak berkongsi gambar bertiga di media s0sial sekali gus menulis kata-kata pujian tersebut.
View this post on Instagram
“Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yang kusayangi yang sentiasa membantuku dalam sus4h senang kehidupan ini.
“Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan daripadaNya,” tulis Ashraf baru-baru ini.
Pada masa sama, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu berharap Allah SWT menjaga dan memberkati hubungan mereka bersama anak-anak tercinta.
View this post on Instagram
“Semoga Allah meyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan komen positif memuji hubungan baik Ashraf dan isteri-isterinya selain mendoakan pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 manakala perkahwinan kedua bersama Wan Sakinah Ahmad pada 7 Julai 2013.
Pelakon itu dikurniakan empat cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah, Anas, Adam dan Safiyyah.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim/ohmymedia
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.