5 T̷ahun Tingg̷alk̷an Duni̷a ‘m̷ak ny̷ah’, Pemud̷a Ini Ten̷ang Bergel̷ar Tuk̷ang Bu̷at Ker̷and̷a

“Sudah Simpan Batu Nis4n, Ker4nda…”, Tinggalkan Dunia ‘M4k Nyah’, Tenang Jadi Tukang Buat Ker4nda

Jun sudah lama meninggalkan gaya pemakaian menyerupai perempuan dan kini fokus terhadap kerjanya sebagai tukang k3randa serta batu nis4n.

DUA hati, dua jiwa, dua watak dalam satu j4sad. Muhammad Asrul Abdul Kadir, 38, menulis kata-kata itu menerusi satu vide0 di aplikasi TikT0k untuk menggambarkan kisah lampaunya yang pernah bergelar mak ny4h suatu masa lalu.

Namun semua itu tinggal sejarah apabila anak jati Kedah yang mesra disapa Jun itu kini menceburkan diri sebagai tukang k3randa, batu n!san dan kepok kvbur sejak kira-kira lima tahun lalu. Kata Jun, laluan hidupnya kini semakin tenang dengan cara tersendiri.

“Dah lima tahun saya buat kerja ni. Masa awal-awal jadi tukang k3randa dan batu n!san, saya masih pakai pakaian perempuan. Orang tengok atas bawah sebab pelik.

“Lama-lama saya fikir, macam mana nak berniaga, nak berdepan dengan pelanggan. Kemudian mak saya men!nggal pada tahun 2016.

“Sejak itu saya perlahan-lahan tinggalkan pakaian perempuan. Baju-baju lama masih disimpan, tapi saya dah tak pakai,” ujar Jun yang kini menetap di Alor Setar.

Menurut Jun, dia juga tidak kisah berkongsi gambar-gambar lama ketika dia bergelar m4k ny4h menerusi aplikasi TikT0k kerana penat menjawab soalan sama yang diajukan netizen.

Jelas Jun lagi, dia mahu bersikap jujur dan tidak kisah dengan sebarang tanggapan baik atau buruk yang dilemparkan kepada dirinya.

“Dekat TikT0k saya tunjukkan cerita sebenar. Saya jujur dengan followers, jadi orang pun faham. Kalau saya tak tunjuk gambar, orang asyik tanya soalan sama. Saya penat nak jawab.

“Yang mana dah lama ikuti TikTok saya, mereka tahu saya macam ni. Yang kecam tu sikit sangatlah, sebab orang tahu kerja saya walaupun saya macam ni. Lebih ramai yang memberikan sokongan

“Alhamdulillah, ada juga dapat pelanggan melalui TikT0k. Ada batu n!san dan ker4nda yang saya buat dihantar sehingga ke Johor dan Negeri Sembilan, bukan dalam Kedah je,” ujarnya lagi.

Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia mula belajar menghasilkan ker4nda dan batu n!san sejak kecil lagi sebelum ia mula menjadi sumber rezeki utamanya sejak lima tahun lalu.

“Saya mula buat ker4nda masa umur 9 tahun. Batu n!san pula saya belajar masa umur 16 tahun. Masa tu tengok orang buat, kemudian saya beli kayu dan sebagainya, saya cuba buat sendiri.

“Buat banyak kali, daripada tak jadi sampailah jadi k3randa. Sekarang dah lima tahun saya usahakan kerja ini, saya buat depan rumah je. Ada juga pembantu, berat nak buat sendirian,” ujar Jun yang turut terlibat dalam urusan mem4ndikan jen4zah.

Dedah Jun, dia juga sudah menyiapkan ker4nda untuk diri sendiri yang disimpan di dalam rumahnya, malah dia juga ada memaklumkan hal itu kepada ahli keluarga.

“Saya dah simpan k3randa untuk diri sendiri, kain k4fan pun dah siap. Saya maklumkan pada waris, jadi mereka boleh standby, batu nis4n pun saya dah siapkan. Simpan kat rumah.

“Sekarang ramai juga yang beli kain k4fan untuk diri sendiri sebagai persediaan. Tapi belum ada pelanggan yang tempah ker4nda untuk diri sendiri,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Jun mempunyai dua akaun TikT0k dengan jumlah 21,000 dan 31,000 pengikut yang mana dia banyak berkongsi video-video penghasilan k3randa serta batu n!san sehingga meraih perhatian netizen.

Sumber Mstar/mediakini

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Sampai H0spital Dah 9cm,” Imbas Kisah ‘Berjuang’ Bersalin Anak Bongsu, Wawa Zainal Sifatkan Kesakitan Kali Ini Lain

Pelakon dan usahaw4n, Wawa Zainal berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya telah selamat mel4hirkan cahaya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *