Aedy Ashraf Dedah Idea ‘Mem4tikan’ Watak Tongki Dalam Budak Tebing 3 Datang Daripadanya

Sebaik sahaja drama Budak Tebing yang memasuki musim ketiga mula ditayangkan sejak minggu lalu, salah seorang watak utamanya, Tongki telahpun dimatikan.

Watak Tongki lakonan Aedy Ashraf ditamatkan ‘riwayatnya’ seakat episod kedua dan ‘plot twist’ awal ini langsung tidak disangka-sangka oleh peminat setia drama tersebut. Ini kerana Tongki merupakan tulang belakang kepada drama Budak Tebing di samping watak Arif.

REMAJA menemui Aedy baru-baru ini bagi mendapatkan pandangannya berkenaan kejutan jalan cerita ini.

“Saya sangat gembira dapat kembali bekerjasama untuk drama Budak Tebing bagi musim ketiga. Ia bukanlah sepenuhnya pasukan produksi yang sama apabila kita mempunyai pengarah baharu serta beberapa pelakon baharu yang menjayakan watak berbeza. Kesemua perubahan ini memberikan nafas baharu untuk peminat setia drama ini dari segi lakonan serta jalan cerita.”

(Terdahulu, Budak Tebing 1 dan 2 telah diarahkan oleh Feroz Kadir manakala musim terbaru ini diarahkan oleh Nizam Zakaria.

“Saya sendiri pun belum menontonnya tapi saya percaya peminat Budak Tebing sebelum ini akan suka dan ingat musim ini sampai bila-bila. Ini kerana ia mempunyai elemen sentimental pada kali ini.

“Pada episod kedua, karakter saya sebagai Tongki telah dimatikan. Ia bermakna saya tidak akan terlibat secara menyeluruh dalam musim ini seperti musim-musim terdahulu,” jelasnya yang ditemui pada acara pelancaran butik wangian, Creed di Pavilion Kuala Lumpur.

“ ‘Kematian’ ini memberi impak kepada jalan cerita di sekeliling Tongki dan peminat Budak Tebing yang sudah terbiasa dengan kelibat karakter Tongki pada setiap episod.

“Kita akan dapat lihat bagaimana kehidupan budak tebing akan diteruskan tanpa adanya Tongki. Adakah mereka akan lost? Penonton perlulah mengikut episod-episod seterusnya untuk mendapat tahu.

“Walaupun Tongki kelihatan messy dan bergelar ‘budak tebing’, dia ialah seorang yang mempunyai pendirian yang sangat tetap. Persahabatan baginya adalah sesuatu yang diutamakannya. Nombor satu. Jika kawan dia lost sekejap, dia akan tarik semula kawannya ke jalan betul untuk tidak lupakan diri.

“Di situ, watak Tongki ini telah memberi kesedaran terutamanya kepada penonton remaja betapa pentingnya persahabatan dan menghargai kawan di sekeliling. Once gone, they will not come back,” ujarnya.

Berkenaan perasaan Aedy apabila watak Tongki ditiadakan selepas episod kedua Budak Tebing 3, pelakon berusia 29 tahun ini mengejutkan penulis apabila dia mengakui idea untuk mematikan watak itu hadir daripadanya sendiri.

“Saya yang mengusulkan idea (mematikan watak Tongki) ini atas sebab-sebab kukuh dan mereka pun bersetuju setelah kami berbincang

“Namun pada masa yang sama, saya perlu ‘keluar’ daripada kepompong Tongki.”

View this post on Instagram

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

“Ini agar saya boleh menjadi seorang pelakon versatil yang akan diingati untuk karakter berbeza.

“Bagi setiap karakter yang saya bawa, saya hendak ia melekat di hati penonton. Disebabkan alasan itu dan di atas persetujuan stesen TV serta penerbit, mereka mematikan karakter Tongki.”

Ulas Aedy lagi, keputusan ini tidak seharusnya membuatkan peminat drama Budak Tebing dan peminatnya untuk tidak lagi mengikuti perjalanan drama ini.

Malah, Aedy berpendapat penonton pasti akan menikmati keseluruhan jalan cerita Budak Tebing 3 dengan beberapa karakter baharu seperti Kylo dan Husna; masing-masing dilakonkan oleh Nabil Aqil dan Nia Atasha.

“Saya fikirkan, selepas Aedy Ashraf, siapa? Jadi inilah masanya untuk pelakon-pelakon baharu ini menunjukkan bakat dalam sebuah drama yang mempunyai asas sekukuh siri Budak Tebing,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Aedy cuba menenangkan peminat Budak Tebing yang kecewa dengan kematian watak Tongki menerusi hantaran terbaru di Instagram.

“Terima kasih kepada yang setia menunggu Tongki. I love you,” tulisnya.

View this post on Instagram

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Budak Tebing 3 bersiaran untuk slot Lestary di saluran TV3 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam.

sumber: remaja.my

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Nyaris disaman, pemuda minta maaf tuduh Aeril Zafrel & Wawa Zainal terima duit PN

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi menjadi mangsa tuduhan apabila menerima imbuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *