Demi Raw̷atan An̷ak, Seorang B̷apa Sanggup Jual Bu̷ah Pingg̷ang

Demi Rawatan Anak, Seorang Bapa Sanggup Jual Buah Pinggang

Suriadin sanggup menjual buah pinggangnya demi membiayai kos rawatan anak ketiga yang menghidap jantung berlubang.
DEMI kasih, pengendali motosikal teksi sanggup menjual buah pinggangnya bagi membiayai kos perubatan anak lelaki yang menghidap penyakit jantung berlubang.

Menurut Suriadin yang berasal dari Kota Baubau, Sulawesi di Indonesia, anaknya Muhamad Said yang kini berusia setahun empat bulan, menghidap penyakit berkenaan sejak lahir.

Anaknya itu, kini dirawat di Hospital Pakar Jantung di Jakarta dengan kos rawatan dianggarkan ratusan juta rupiah.

“Saya mahu jual buah pinggang kerana tidak mempunyai cara lain lagi bagi pembedahan kali kedua,” katanya.

Muhamad Said merupakan anak ketiga Suriadin dan isteri, Wa Ode Eva Islamia.

Kedua mereka hanya mengetahui Said menghidap penyakit jantung berlubang selepas mendapati tumbesaran tidak seperti kanak-kanak normal yang lain selain badannya turut mengalami simptom kebiruan pada usia lapan bulan.

Tambahnya, semasa pembedahan pertama dilakukan pada Ogos lalu, dia memperoleh sumbangan daripada orang ramai selain terpaksa menjual barang rumah bagi menampung kos.

“Untuk pembedahan kedua pada Februari 2023 nanti, kosnya lebih besar dan saya tidak mampu dengan sumber pendapatan sedia ada,” luahnya.

Sumber: Kompas Com/mediakini

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Sampai H0spital Dah 9cm,” Imbas Kisah ‘Berjuang’ Bersalin Anak Bongsu, Wawa Zainal Sifatkan Kesakitan Kali Ini Lain

Pelakon dan usahaw4n, Wawa Zainal berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya telah selamat mel4hirkan cahaya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *