Juruteknik Mud̷a Berhenti kerj̷a, J̷adi Us̷ah̷aw̷an Cendaw̷an Tir̷am Sepenuh M̷as̷a Bers̷am̷a Du̷a Adik Perempu̷an D̷an R̷aih Pend̷ap̷at̷an RM10,000 Sebul̷an

Bermula sekadar untuk mengisi masa lapang sewaktu bekerja sebagai juruteknik. Setelah nampak potensi, terus berhenti kerja dan usahakan sepenuhnya bersama dua adik perempuan. Selepas setahun berjaya raih pendapatan RM10,000 sebulan dengan hanya cara ini…

Pengusaha cendawan Muhamad Lokman Hakim Md Sabri, 25, (kiri) bersama dua adiknya Puteri Nurin Sabirah, 20, (tengah) dan Puteri Nurin Darwisyah, 23, menunjukkan cendawan tiram yang diusaha mereka – Foto Bernama

Tiga beradik dari Kampung Desa Kasih, di sini, mampu meraih keuntungan mencecah hampir RM10,000 sebulan hasil jualan cendawan tiram yang diusahakan mereka sejak setahun lepas.

Muhamad Lokman Hakim Md Sabri, 25, berkata pada peringkat permulaan, tanaman yang diusahakan itu adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja memandangkan beliau mempunyai banyak waktu terluang kerana bekerja sebagai juruteknik.

“Melihat potensi cendawan tiram ini, dua lagi adik saya iaitu Puteri Nurin Darwisyah, 23, dan Puteri Nurin Sabirah, 20, telah membantu saya untuk bersama-sama mengusahakan tanaman ini sebagai pendapatan sampingan.

“Kami mula membeli bongkah cendawan tiram dengan harga RM1.60 seunit sedikit demi sedikit untuk diletakkan di tepi rumah dan sehingga kini kami memiliki 3,000 bongkah,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Muhamad Lokman Hakim berkata mereka tidak menang tangan kerana cendawan tiram mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat dan peniaga di sekitar Kuala Krai dengan hampir 30 kilogram sehari.

“Kami tidak sangka sambutan jualan cendawan tiram ini sangat menggalakkan kerana selain mempunyai pelanggan tetap, kami turut menjualnya secara dalam talian dengan menggunakan platform media sosial untuk menambah pendapatan.

“Bagi mendapat hasil maksimum dan berkualiti, tanaman itu perlu berada dalam keadaan yang lembap selain persekitarannya juga perlu sentiasa bersih,” katanya yang akan mengutip hasil cendawan tiram dua kali sehari iaitu pada pagi dan malam.

Muhamad Lokman Hakim berharap usahanya akan dibantu oleh agensi berkaitan kerana beliau berhasrat untuk menjual bongkah cendawan tiram bagi membantu mana-mana individu yang berminat untuk mengusahakan tanaman berkenaan.

“Bagi menghasilkan bongkah cendawan tiram, kami perlu tiga bahan iaitu habuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian yang semuanya digaul dan disebatikan dengan menggunakan mesin.

“Bahan tersebut dikukus selama enam jam di dalam tong dan akan disejukkan selama 24 jam sebelum disimpan pada suhu yang lembap,” katanya.

Sumber SinChew/e-mediakini

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Nyaris disaman, pemuda minta maaf tuduh Aeril Zafrel & Wawa Zainal terima duit PN

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi menjadi mangsa tuduhan apabila menerima imbuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *