B4lu Abam Minta Ali Puteh Tak Lengah B4yar Ganti Rvgi

B4lu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah berharap adik iparnya, pelawak Ali Puteh tidak melengahkan urusan pembayaran seperti yang diperintahkan mahkamah.

Menerusi satu perkongsian di Inst4gram, Hidayah meluahkan rasa syukur keputusan rayuan mahkamah berpihak kepadanya serta meminta Ali patuh dengan perintah berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by @abam_bocik

“Alhamdullilah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada saya.

“Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar dia bersama anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah dapat meneruskan kehidupan lebih baik selepas ini serta berterima kasih buat yang mendoakan mereka.

“Semoga saya dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Amin. Terima kasih semua yang mendoakan saya dan Hamzah,” katanya.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah.

Ali Puteh dan tiga keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey pada 18 Februari lalu kerana mengeluarkan kata-kata m3ngaibkan wanita itu di Inst4gram, dua tahun lalu.

sumber: rotikaya

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *