Baru-baru ini hangat diperkatakan mengena bekas jurulatih Liga Super dikhabarkan sudah bernikah dengan selebriti wanita muda yang dikatakan berumur 20-an.
Malah, kecoh apabila netizen mendakwa adakah jurulatih berpengalaman yang dikatakan berkahwin dengan adik selebriti itu adalah Datuk Zainal Abidin Hassan?
Memetik mStar Online, segalanya terjawab apabila adik kepada Ayda Jebat iaitu penyanyi Fyna Jebat mengakui sudah bergelar isteri kepada jurulatih tersebut.
Menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang mengucapkan tahniah kepadanya, Fyna turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaannya.
“Alhamdulillah, saya sudah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik. Harap doakan kami dan keluarga kami,” katanya.
Berkongsikan berita gembia itu selepas melakukan persembahan Famili Duo, Fyna berkata suaminya memberikan sokongan penuh untuknya menyertai program tersebut.
“Maaf buat masa sekarang itu sahaja. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini,” katanya.
Ayda Jebat lega adik dah jelaskan
Dalam pada itu, Ayda yang juga kakak kepada pemenang tempat ketiga program Akademik Fantasia musim ke-9 mengakui berasa lega apabila adiknya berani mendedahkan hal tersebut kepada umum selepas gosip tersebut beredar sejak minggu lepas.
“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.
“Terima kasih atas doa kepada kami,” katanya.
View this post on Instagram
sumber: rotikaya
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.