Sudah tiga bulan melayari bahtera rumah tangga, penyanyi Mas Idayu meluahkan rasa syukur suaminya, Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, bukan ‘kaki cVrang’.
Menerusi satu video dimuat naik di TikT0k TV3Malaysia, Mas Idayu berkongsikan perkara itu ketika menjadi juri bagi program realiti Famili Duo semalam.
VIDEO KLIK DISINI
@tv3malaysia Alhamdulillah mummy dapat suami macamtu. Orang lain belum tentu bertuah. Strim Live HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3
Difahamkan, pengacara program tersebut iaitu Janna Nick bertanyakan kepada Mas Idayu sama ada memiliki cinta yang cukup atau tidak. Mas Idayu menjawab dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang setia dan bukan lelaki kaki curang.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar rumah tangga penyanyi itu bahagia hingga ke akhir hayat.
Namun, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan penyanyi itu yakin memberi kenyataan tersebut sedangkan usia perkahwinan belum lagi mencecah setahun.
sumber: rotikaya
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.