Leona Menari Masa Beratur Beli Nasi Kandar, Reaksi Abang Belakang Jadi Bualan, “Memang Menyirap Lah Dia…”

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini sering kali menjadi bualan ramai dan adakalanya menerima kecaman netizen gara-gara video yang dimuat naiknya. Terbaru, perkongsian dari Kasih Iris Leona ini kembali menjadi perhatian ramai semasa dia berada di Pulau Pinang baru-baru ini.

Di dalam video yang dikongsikan di Tik Tok ini, Leona dilihat berada di sebuah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, kelihatan ramai pengunjung yang turut sama beratur untuk membeli nasi kandar di restoran terbabit.

Leona kemudiannya sempat menari semasa beratur menunggu giliran namun lain pula yang menjadi perhatian netizen. Semuanya gara-gara reaksi kekok yang diberikan pengunjung yang beratur di belakangnya yang seolah-olah tidak tahu apa yang patut dilakukan pada waktu itu.

KLIK VIDEO DISINI

@leonsmeonssQueuing for deen maju

♬ spin back X collide – ★yt_o00★

Netizen terhibur

Perkongsian itu turut membuatkan ramai terhibur melihat reaksi kekok pengunjung lain yang sedar mereka juga terakam di dalam video itu. Setakat ini, video yang dimuat naik itu telah meraih hampir sejuta tontonan sebaik sahaja ianya dikongsikan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menegur reaksi yang diberikan seorang pengunjung lelaki yang berada di belakang Leona ini. Kebanyakannya menganggap pastinya lelaki itu terlalu kekok berada di situ dan berpura-pura melihat telefonnya untuk mengalihkan pandangannya.

“Abang belakang tu dah lapar nasi kandar memang menyirap lah dia hahaha.”

“Bro kat belakang tu start awkward dah, buat-buat tengok fon terus.”

“Apa perasaan abang belakang tu.”

Sekadar info, Leona merupakan anak kepada pelakon senior Azhar Sulaiman dan sering menerima kecaman netizen kerana penampilan seksinya. Walaupun sering dikecam, dia masih lagi mempunyai peminatnya yang tersendiri malah akaun Tik Tok gadis itu juga memiliki hampir sejuta pengikut.

sumber: syor

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Nyaris disaman, pemuda minta maaf tuduh Aeril Zafrel & Wawa Zainal terima duit PN

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi menjadi mangsa tuduhan apabila menerima imbuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *