Penerbit popular, Datuk Yusof Haslam berharap tidak berlaku penceraian membabitkan antara anaknya Syamsul Yusof dan menantu Puteri Sarah Liyana.
Menurut laporan BH Online, justeru beliau cuba memujuk menantunya supaya memikirkan semula keputusan untuk menfailkan penceraian pada Isnin ini.
“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.
“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
“Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya.
Penerbit berusia 68 tahun itu berkata, beliau masih mengharapkan sinar di hujung terowong selain mendoakan terbaik atas apa yang berlaku.
View this post on Instagram
Namun begitu, beliau terpaksa akur sekiranya berlaku perpisahan antara anak dan menantunya yang menjadi jalan terbaik buat pasangan tersebut.
Semalam Puteri Sarah mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua pihak.
View this post on Instagram
Konflik rumah tangga pasangan itu semakin meruncing selepas Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 5, dan Summayah yang kini berusia tiga tahun.
View this post on Instagram
Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud) , Instagram Syamsul Yusof & Puteri Sarah/ohmymedia
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.