Kasih ibu, Datin Patimah sedia maafkan Syamsul Yusof bukan keluarga Ira Kazar

Ibu kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memberitahu dia sedia memaafkan anaknya atas segala keterlanjuran perbuatannya itu sehingga mengguriskan hati mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, dia mungkin tidak dapat memaafkan keluarga isteri kedua anaknya iaitu Ira Kazar kerana tergamak meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.

“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya.
“Namun, saya tidak akan memaafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!”katanya.

Patimah yang juga isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata demikian menerusi balasan mesej di WhatsApp kepada wartawan Harian Metro.

Reda Syamsul sebelahkan keluarga isteri kedua
Sementara itu, Patimah reda apabila Syamsul lebih sebelahkan keluarga isteri keduanya, Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi berbanding isteri pertama, Puteri Sarah Liana.

Katanya lagi, kali terakhir Syamsul menelefonnya adalah pada awal bulan lalu bagi memaklumkan khabar pernikahannya dengan Ira.

“Dia hanya ada ‘WhatsApp’ beritahu sudah nikah. Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar!
“Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah,” katanya.

Salah ke saya nak luahkan rasa geram?
Disoal mengenai hantaran yang dibuat di Insta Story baru-baru ini, Patimah berkata dia hanya menunjukkan perasaan geram terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.

Terdahulu, pengumuman pengarah berusia 39 tahun pada 6 Januari lalu dengan mengatakan dia dan Ira sudah bernikah menjadi bualan ramai. Bukan itu sahaja, ia turut mengecewakan keluarga ibu bapa Syamsul Yusof.

Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph)/ohmymedia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *