“Anak Bukan Punca Bahagia…” – Sering Disoal Tentang Zuriat, Ini Respons Izzue Islam

Pelakon Izzue Islam yang hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga memberitahu dia sudah lali dengan pertanyaan tentang zuriat.

Memetik laporan Utusan, dia tidak pernah terasa hati beberapa pertanyaan tersebut bukan berbentuk sindiran.

“Ketika awal perkahwinan, saya memang rimas kalau orang asyik bertanya mengenai anak. Saya respon mengikut intonasi soalan, adakah mereka betul-betul bertanya atau mahu bertanya.

“Daripada marah, lebih baik saya beredar. Kalau sekadar bersembang, saya jawab sahaja. Tiada masalah kerana saya dan isteri akur, belum rezeki untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Disoal tentang pengambilan anak angkat, pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini pernah mengkaji perkara tersebut.

Namun, bimbang tidak dapat melunaskan tanggungjawab ketua keluarga dengan baik, dia dan isteri, Awin Nurin terpaksa menangguhkan hasrat itu.

“Saya pernah berbincang dengan Awin mengenai perkara ini. Namun, apabila difikirkan balik, saya jadi risau sebab takut anak terabai dan tidak mampu memberi kasih sayang sepenuhnya.

“Jadual kerja saya pula tidak menentu dan bimbang kalau dibawa ke hulu dan ke hilir, nanti jatuh sakit dan akan membebankan banyak pihak,” katanya.

Menurut Izzue, dia sangat beruntung kerana mempunyai ahli keluarga yang memahami karier dan kehidupan peribadinya dan tidak mendesak agar segera mempunyai cahaya mata.

“Ahli keluarga tidak pernah bertanya tentang pengambilan anak angkat. Lagipun, saya ada anak saudara yang ramai, jadi mereka tidak pernah bertanya perkara itu dan faham situasi kami,” jelasnya.

Secara jujur, Izzue menjelaskan bahawa dia tidak sempat melakukannya apabila rutin hariannya sentiasa dipenuhi dengan komitmen kerja.

“Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagiaan itu boleh kita cipta, walaupun tanpa kehadiran cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.

“Ada juga yang mempunyai ramai anak tetapi kehidupan porak-peranda, ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” jelasnya lagi.

SUMBER : XTRA/mediasosial

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *