Keluarga sendiri tak ‘lantang’ sebab profesion kerja – Puteri Sarah

KUALA LUMPUR – Puteri Sarah Liyana menegaskan ahli keluarga terutama ibu bapa kandungnya tidak lantang bersuara mengenai kemelut rumah tangganya kerana faktor kerjaya dalam bidang profesional.

Menyedari persoalan orang ramai tentang keberadaan ahli keluarga ketika dirinya bergelut mempertahankan rumah tangganya sebelum ini, Puteri Sarah berkata, doa tetap mendapat sokongan daripada keluarga sendiri biarpun tiada ‘bunyi’ seperti yang dilakukan pihak mentua.

“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya.

“Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Semalam, Puteri Sarah turut memperkenalkan dua adiknya iaitu Puteri Sofia dan Megat Imran yang hadir menemaninya kepada pihak media.

“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.

“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.

“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” kongsi pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana itu ketika hadir di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Kemelut rumah tangga pasangan popular tersebut audah berlarutan sejak empat tahun lalu dan meledak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, serta Sumayyah kini berusia 3 tahun.

sumber: KOSMO/ohmymedia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *