“Saya bukan anti poligami, poligami itu indah jika suami berlaku adil” – Putri Sarah

Umum mengetahui, Isnin lalu pelakon Puteri Sarah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di mahkamah syariah selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik Oh Bulan, Puteri Sarah berkata anak-anaknya gembira seperti biasa dan tidak tahu dengan apa yang berlaku.

“Anak-anak tidak tahu apa-apa dan mereka masih berada di bawah jagaan mak dan ibu mentua saya. Mereka gembira seperti biasa dan tidak tahu apa-apa mengenai proses permohonan perceraian hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menegaskan dia bukan anti poligami seperti yang diperkatakan netizen sebaliknya dia berpendapat poligami itu indah jika suami berlaku adil.

“Ingin ditekankan bahawa saya bukanlah antipoligami dan ada juga orang label saya sebagai isteri derhaka kerana menuntut cerai.

“Sebenarnya poligami itu indah jika seorang suami itu bersikap adil tetapi saya ditipu oleh suami sendiri sebab dia sendiri tidak mahu berbincang sebelum ini.

“Jadi, semua benda pun sudah berlaku dan selama ini sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga,” katanya.

Terdabulu, Sarah memaklumkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan. Puteri Sarah berkata tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.

sumber: rotikaya

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Nyaris disaman, pemuda minta maaf tuduh Aeril Zafrel & Wawa Zainal terima duit PN

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi menjadi mangsa tuduhan apabila menerima imbuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *