Puteri Sarah Liyana menafikan faktor dia sibuk bekerja sebagai punca masalah yang dialaminya ketika ini. Dia meluahkan perlu mengambil masa yang lama untuk memutuskan kembali bekerja.
Perkara itu dikongsikan Sarah ketika melakukan siaran langsung bersama Neelofa di mana dirinya telah berkorban dan tinggalkan kariernya untuk fokus menjadi suri rumah selepas bernikah dengan Syamsul Yusof.
Sanggup buang karier dan semuanya demi keluarga…
Namun, dia nekad untuk mempunyai kerjaya dan duit simpanan sendiri apabila sudah nampak ‘masalah’ tiba kerana risau apa-apa berlaku kepadanya.
Rata-rata sebak dengar perkongisan Sarah dan bersetuju…
KLIK DISINI UNTUK MENONTON
@amyqashrina Disuruh duduk rumah jaga anak diikutkan. Dilayan buruk didiamkan. Orang tua dimuliakan. Hubungan dengan mertua dijaga rapi tidak menyalahkan. Anak-anak dididik baik, sebaik-baik cita-cita didoakan.#bestrong #fighter #puterisarahliyana #puterisarah #selebriti #viral #irakazar #syamsulyusof
Perkongsian Sarah itu mengundang rasa sebak ramai netizen yang menonton dan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Sarah apabila dia mengatakan wanita perlu ada duit sendiri.
Ramai yang meluahkan tentang pengorbanan wanita selepas berkahwin kerana mahu fokus menjaga rumah tangga, suami dan anak-anak.
Malah, segelintir daripada mereka berkata sebenarnya apa yang Sarah lalui itu adalah realiti sebenar ramai wanita lain turut rasakan.
sumber: ohmedia
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.