Walau semua tarik diri, Siti Bainun tetap akrab dengan peguam di luar mahkamah

Walaupun teruk dikritik kerana menarik diri dari kes melibatkan Pengasas Rumah Bonda, peguam-peguam Siti Bainun tetap terlihat akrab dengan individu tersebut apabila menghadiri malam gala filem bersama-sama.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh peguam, Asiah Abd Jalil, dia dan beberapa lagi barisan peguam termasuklah Nur Hafidzah hadir bersama-sama dan bergambar dengan Siti Bainun dengan pakaian mengikut tema.

Siapa kata tinggal Bainun?
Menerusi kapsyen yang disertakan, Asiah meminta agar netizen semua bertenang dan mereka sama sekali tidak meninggalkan Siti Bainun seperti heboh diperkatakan tempoh hari.

Bergambar bersama-sama
Difahamkan, mereka telah menghadiri Malam Gala Tayangan Filem bertajuk Eva ‘Take Me As I Am’ yang dibintangi nama hebat seperti pelakon, Nadia Aqilah atas jemputan produser dan penulis skrip filem terbabit.

Dalam perkongsian gambar tersebut, Siti Bainun dilihat masih memakai mask dan mengenakan pakaian berwarna blue black disertakan tudung merah.

Namun barisan peguam memilih baju bertemakan putih dan mereka dilihat bergambar bersama dan begitu akrab.

Untuk rekod, 10 peguam pro bono yang mewakili Siti Bainun untuk kes melibatkan adik Bella iaitu kanak-kanak Kelainan Upaya (OKU) telah menarik diri.

Antara yang terakhir menarik diri adalah Nur Hafidzah dan Asiah Abd Jalil atas sebab tiada kelapangan kerana masing-masing telah mengalami pertindihan tarikh dengan kes yang lain.

Mereka juga sudah memaklumkan dari awal bahawa tidak lapang pada bulan Januari sehingga Mac nanti.

Oleh sebab itu, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.

Sumber: Facebook Asiah Abd Jalil/ohmymedia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *