Rakan selebriti, Diana Danielle memberikan pendapatnya tentang tindakan pelakon, Puteri Sarah Liyana yang menfailkan penceraian baru-baru ini dengan mengatakan pasti dia mempunyai sebab sendiri.
Malah kata isteri kepada pelakon terkenal, Farid Kamil ini merasakan tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Menerusi perkongsian officialhlive, pendapat Diana Danielle turut mencuri tumpuan ramai di media sosial. “Tak ada wanita nak buat macam (bercerai) tanpa sebab.”
Pendapat jadi tumpuan ramai
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian Hlive itu juga Diana Danielle berkata tiada siapa yang boleh menjangkakan apa yang akan terjadi pada masa hadapan namun kita mampu buat yang terbaik dan dia melihat Puteri Sarah juga sudah membuat yang terbaik.
Dia juga menyokong apa yang terbaik selain ujarnya dia tidak berpihak mana-mana pihak dan tidak boleh bercakap banyak kerana setiapnya pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
KLIK VIDEO DISINI
@sinar_my “Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Dan kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan”. Demikian ulas pelakon Diana Daniella mengenai keputusan rakan baiknya, Puteri Sarah Liyana mengenai tindakan yang diambil pelakon itu untuk menfailkan penceraian. #SINARKongsi #dianadanielle #puterisarah #fypシ #xyzbca
Ramai netizen puji cara percakapan Diana Danielle
Selain merasa setuju dengan pendapat Diana Danielle itu, kebanyakan peminat dan netizen cukup kagum dengan cara percakapan selebriti jelita ini sehinggakan diruangan komen juga, ramai menghujani reaksi pujian terhadap dirinya.
‘Diana antara wanita yang bijak bila menjawab soalan-soalan. High value woman’
‘Salute Diana Danielle ni…’
‘Diana ni, suka kalau dia berbicara… memang respect cara dan kata-katanya’
‘Cara orang yang bijak berbicara’
Sumber:syor
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.