Dakwa tk layak jadi juri? Akhirnya Mas idayu buka mulut pertahankn kedudukan bliau sbagai juri

Penyanyi dan juri tetap program realiti Famili Duo, Mas Idayu memberitahu teguran yang diberikan terhadap persembahan pasangan sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel pada Ahad bukanlah kerana benci atau tidak suka.

Sebaliknya, apa yang dilakukan atas dasar rasa tanggungjawab terhadap amanah diberikan oleh pihak produksi, selain mahu melihat mereka berjaya dalam kerjaya nyanyian.

Mereka peserta berpotensi. Tambah pemilik nama Mas Idayu Mesnun, sebelum bermulanya program Famili Duo lagi dia sudah menaruh harapan dan percaya bahawa Naim dan Sissy merupakan peserta berpotensi.

“Sejujurnya, sebelum program bermula lagi, saya sudah pukul canang mengatakan Naim dan Sissy adalah peserta berpotensi.

Ini kerana Sissy cerdik dalam ilmu muzik, manakala Naim mempunyai kepakaran dari segi persembahan.

“Justeru, saya teruja apabila mendapat tahu Sissy dan Naim akan tampil dengan lagu Jampi yang susunan muzik diubah kepada genre keroncong,”ujarnya.

Pun begitu, harapannya musnah apabila hasil persembahan pasangan sepupu itu mengecewakannya kerana nyanyian mereka sumbang berbanding muzik yang besar.

Tegur sebab sayang. Katanya lagi, setiap teguran yang diberikan adalah kerana sayang dengan bakat mereka berdua dan bukannya kerana terlampau mengikut perasaan seperti mana dikatakan orang ramai.

“Tiada emak, cikgu atau sesiapa yang akan marah tanpa sebab. Saya tegur kerana saya sayang bakat mereka.

“Saya mahu mereka lebih berjaya apabila keluar daripada program ini nanti,” katanya kepada BH Online.

Bukan serangan peribadi, niat cuma menegur
Dalam pada itu, Mas Idayu menegaskan, teguran itu bukanlah ditujukan kepada Sissy seorang sahaja.

“Ini sudah minggu keenam dan saya tidak boleh pejam mata jika ada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Setiap peserta program ini sepatutnya bersedia dengan pelbagai kemungkinan kerana mereka sudah dimaklumkan lebih awal oleh produksi saya adalah seorang daripada juri dan karakter saya,”ujar Mas Idayu.

Mas Idayu tak kisah dikecam. Sementara itu, Mas Idayu memberitahu dia tidak kisah sekiranya menerima kecaman di kalangan warganet termasuk rakan artis yang menganggap ia adalah keterlaluan. Namun, dia hanyalah menjadi diri sendiri sebagai seorang juri dalam sesuatu program nyanyian.

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Orang luar nak cakap apapun, terpulanglah. Sebagai juri, saya hanya mahu anak-anak saya menang dan keluar menjadi penyanyi lebih bagus.

“Lagipun, ini memang karakter saya sebagai juri. Saya tidak boleh menjadi seperti orang lain. Benda ini pun berlaku secara spontan dan bukannya dibuat-buat,”jelasnya.

Sumber : oh my media

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Nyaris disaman, pemuda minta maaf tuduh Aeril Zafrel & Wawa Zainal terima duit PN

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi menjadi mangsa tuduhan apabila menerima imbuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *