Penampilan penyanyi dangdut Mas Idayu menjadi bahan gurauan netizen selepas seorang individu mendedahkan corak pada pakaian penyanyi itu persis langsir rumahnya.
Menerusi video yang tular di TikTok, pemilik akaun tersebut telah merakam pakaian yang dikenakan oleh penyanyi itu ketika menjurikan minggu separuh akhir pentas Famili Duo semalam.
“Mami baju tu sama dgn langsir rumah saya #familiduotv3 viral kan,” tulisnya.
Klik Disini Untuk Menonton
@syira_mnoor Mami baju tu sama dgn langsir rumah saya #familiduotv3 viral kan
Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons sekali gus mengundang tawa dalam kalangan netizen.
Selain Mas Idayu, Ajai juga merupakan juri tetap untuk program realiti Famili Duo yang bakal melabuhkan tirainya pada minggu hadapan.
Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.
sumber: xtra.com
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.