Tahniah diucapkan buat pengarah terkenal, Syafiq Yusof yang sudah selamat menimang cahaya mata lelaki yang ketiga.
Berita gembira tersebut dikongsikan pengarah yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusuf itu menerusi laman Instagram (IG). Selain memaparkan wajah bayi ketiganya yang comel itu, Syafiq, 30, turut mengumumkan nama anak yang dilahirkan iaitu Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq.
Alhamdulillah, Syukur Ya Allahh… 3rd child, first boy ? Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq ❤️
View this post on Instagram
Anak kepada penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam ini telah mendirikan rumahtangga dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Nuur Jannah,7 dan Nuur Nusaybah,5.
Rata-rata pengikutnya di media sosial turut menzahirkan ucapan tahniah buatnya menerusi ruangan komen.
Sumber:ig Syafiq Yusof
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.