Baru-baru ini, tular di media sosial satu video anak-anak muda yang dipercayai beragama Islam mengikuti perarakan semasa Hari Thaipusam di Pulau Pinang.
Ikut perarakan kuil
Video yang berdurasi kurang seminit itu memperlihatkan mereka berjalan kaki mengikut penganut-penganut agama Hindu yang merayakan sambutan hari keagamaan mereka.
Tak sensitif perkara yang boleh rosakkan akidah
Tindakan tersebut telah ditegur oleh Mufti Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang berasa kesal kerana anak-anak muda di dalam video berkenaan seperti tidak sensitif dengan perkara yang boleh merosakkan akidah dan iman.
Memetik laporan dari Malaysia Gazette, beliau mengatakan yang umat Islam dilarang (haram) menyertai aktiviti yang berkait dengan upacara keagamaan orang bukan Islam kerana dibimbangi perbuatan sedemikian boleh merosak keimanan mereka kepada agama Islam.
“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.
“Selain itu, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlu memainkan peranan menjelaskan kepada generasi baharu umat Islam tentang hukum haram bagi kita menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain,” katanya selepas diminta untuk mengulas berkenaan video remaja yang mengikuti vel-vel semasa hari Thaipusam tempoh hari.
Bimbang mereka salah faham tentang toleransi beragama
Tambah Wan Salim lagi, beliau bimbang golongan muda masa kini tersalah memahami konsep toleransi beragama yang disarankan sehingga boleh memesongkan akidah.
“Toleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianut oleh kaum- kaum di negara ini.
“Bagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upcara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim,” ujarnya.
Terdahulu, beberapa orang remaja termasuklah perempuan bertudung dilihat berarak dan melungkan vel-vel mengikuti penganut agama Hindu yang merayakan Thaipusam.
Tindakan mereka kurang disenangi ramai kerana bimbang akan pemahaman mereka tentang agama. Walaupun ada yang mengatakan video tersebut dirakam di Pulau Pinang, tetapi perkara terbabit belum dapat dipastikan kesahihannya.
Sumber: Facebook, Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)/borakdaily
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.