Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) menyaksikan sambutan hangat dalam kalangan peminat dan juga rakan artis.
Tidak ketinggalan kehadiran penyanyi popular, Nabila Razali pada acara Karpet Merah AJL 37 yang sekaligus mencuri tumpuan warganet apabila manik ‘diamond’ pada baju yang dipakainya tercabut.
Perkara itu sepat dirakamkan dan dikongsi menerusi Instagram TV3 Malaysia sebentar tadi.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap klip video tersebut sehinggakan ada yang melabel baju yang dipakai pelantun lagu Peluang Kedua itu seperti reka bentuk langsir pada zaman dahulu.
Malah, ada juga yang menegur supaya Nabila melabuhkan tudung yang dipakainya.
Tidak cukup dengan itu, ada juga dalam kalangan warganet yang menyifatkan busana yang dipakainya pada AJL37 kali ini tidak secantik ketika dia menghadiri acara berprestij itu sebelum ini.
View this post on Instagram
sumber: hotfm