Bahang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) masih terasa lagi walaupun sudah melabuhkan tirai dengan jayanya apabila lagu dendangan Aina Abdul bertajuk Terus Hidup dinobatkan sebagai juara.
Penampilan yang cukup memukau
Dari vokal, persembahan dan juga penampilannya malam tadi benar-benar memukau semua yang menonton baik di Axiata Arena mahupun di kaca televisyen.
View this post on Instagram
Walaupun persembahannya tidak mendapat anugerah Persembahan Terbaik AJL37, namun tema yang diketengahkan membuatkan semua penonton seolah-olah terbang di atas awan dengan bajunya yang cukup mencuri perhatian.
Orang belakang kena ‘libas’
Akan tetapi, video sewaktu dia duduk di kerusi bersama peserta-peserta lain yang berentap telah mencetuskan hiburan buat netizen apabila kelihatan Noki dari kumpulan K-Clique telah ‘dilibas’ oleh busana yang digayakan Aina.
KLIK DISINI UNTUK MENONTON
@baddddbib #ainaabdul #ajl37 #terushidup @Aina Abdul @NOKI K-CLIQUE @MK K-CLIQUE
Muka masing2 pasrah sungguh
Dapat dilihat juga beberapa peserta lelaki termasuklah Naim Daniel, Noki, MK, dan SonaOne berusaha gigih untuk mengelak dari ‘tertampar’ baju yang digayakan Aina dan akhirnya mereka pasrah setelah penyanyi itu bergerak ke pentas untuk mengambil trofi.
Mesti memasing lega bila Aina bangun
Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @baddddbib itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen. Kebanyakkan mereka terhibur dan membuat dialog sendiri melihat daripada riak wajah Noki ketika itu.
Netizen turut menyarankan untuk tahun-tahun berikutnya, pihak penganjur menyediakan satu kerusi khusus buat Aina supaya tidak menyukarkannya duduk di barisan bersama peserta lain sewaktu menanti pengumuman pemenang.
Maafkan Aina, dia tak sengaja
Muka pasrah tu kelakar
Bukan main masing2 gelak
Seronok SonaOne gelakkan
Derita betul Noki dekat belakang
Lepas ni pengajur kena plan kerusi untuk Aina
Walau bagaimanapun, mereka semua tetap sporting dan membantu membetulkan busana Aina agar penyanyi itu selesa ketika bergerak bangun untuk menaiki pentas sewaktu diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL37.
Sumber: TikTok @baddddbib/OM
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.