Sentuh Isu Perk4uman & Hin4 Islam, Guang Yik Bakal Terima Tindakan Dari BAM

Bekas pemain badminton pelapis negara, Bong Guang Yik yang kini merupakan jurulatih untuk pasukan di negara China telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu apabila mengeluarkan kenyataan bersifat rasis baru-baru ini.

Lepas kutuk minta maaf pula
Menerusi perkongsian semula yang dibuat oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @AhBoyBadminton, Guang Yik telah memohon maaf dan mengatakan kritikan yang dibuat adalah disebabkan rasa cinta terhadap negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Harian Metro, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada Persatuan Badminton China (CBA) berkenaan jurulatih yang berpengkalan di negara tersebut.

Tak layak sebagai jurulatih
Pihak BAM menganggap Guang Yik tidak layak menyandang gelaran jurulatih dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengeluarkan komen perkauman serta menyentuh sensitiviti agama.

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam komen perkauman jijik yang disiarkan seorang warga Malaysia yang menetap di China. Warganegara Malaysia ini yang nampaknya sedang berlatih di China menyiarkan video itu di TikTok.
BAM benar-benar terkejut dan akan meneruskan isu ini termasuk menghantar aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China (CBA).

“Persatuan mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk diskriminasi dan akan menggesa CBA mengambil tindakan yang perlu terhadap individu ini.
Orang rasis seperti itu tidak boleh diupah untuk bekerja sebagai jurulatih dalam sukan yang sangat digemari berjuta-juta orang dari semua kaum dan agama.

“BAM dan semua ahli gabungan kami tidak akan menerima orang seperti itu untuk terlibat dalam badminton di Malaysia,”katanya.

Terdahulu, bekas pemain badminton negara itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengurusan BAM menjadi teruk disebabkan orang-orang Melayu yang dikatakan tidak berniat untuk menguruskan persatuan tersebut.

Dia juga menyentuh perihal ibadah umat Islam dan meminta agar pengurusan BAM ditukar kepada orang Cina jika tidak mahu melihat prestasi pemain-pemain negara terus merundum.

Sumber: Twitter AhBoyBadminton, Harian Metro (Zulkarnain Azman)

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *