Tular beberapa posting di laman Facebook mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang mengerjakan ibadah umrah dikhabarkan j4tuh s4kit sebelum meningg4l dunia dipercayai akibat demm panas dan j4ngkitan kvman, pada Selasa lalu.
Difahamkan, Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul mengh3mbuskan nafas terakhir di Madinah dan dik3bumikan di tanah perkvburan Jannatul Baqi Madinah yang terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi.
Berita duka itu dimaklumkan oleh bapa saudara Nur Alesha iaitu Afiq Zulhafiz Afiq menerusi satu hantaran di laman Facebook dengan memuat naik beberapa keping gambar anak syurga tersebut.
Innalillahiwainnailaihirajioun
“Mendapat perkahabaran berita yang menyedihkan buat kami sekeluarga, dikhabarkan anak saudara saya Nur Alesha Ammara telah pergi meninggalkan kita pada jam 3.05 petang waktu Madinah Al Munawwarah.
“Semoga dikurniakan syurga dan ditempatkan di kalangan para solihin aminn yaa Rabbal Alaminn. Terima kasih buat saudara2, sahabat2 handai semua yang mendoakan kesihatan beliau.
“Buat saudaraku Amirul Zul, perancangan Allah itu sebaik2 perancangan. Allah SWT mengetahui apa yang terbaik buat kalian sekeluarga, semoga dipermudahkan segala urusan kalian disana hendaknya,” tulisnya.
Umrah bersama keluarga
Seorang lagi ahli keluarga, Hafizzatul Munira yang juga menyertai rombongan umrah berkenaan turut meluahkan kesedihan atas pemergian kanak-kanak berusia empat tahun itu.
Menerusi catatan di Facebook, dia menyifatkan kanak-kanak itu bertuah kerana disolatkan dan didoakan oleh ribuan jemaah selain dik3bumikan berdekatan makam Rasulullah SAW serta ribuan sahabat baginda.
Kem4tian dicemburui, meningg4l di tempat suci
Sementara itu, seorang pemuda @muhddhuha02 turut berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan momen para jemaah mengiringi j3nazah Nur Alesha dan proses p3ngebumian jenazah kanak-kanak berkenaan.
Semoga adik tenang di sana
View this post on Instagram
@aburizkitraveltours Al-Fatihah untuk adik Nur Alesha Ammara bt Mohamad Amirul. #umrah2023 #innalillahiwainnalillahirajiun ♬ original sound – aburizki_traveltours – Abu Rizki Travel and Tours
Sumber: Facebook Afiq Zulhafiz Afiq & Hafizzatul Munira, Instagram @muhddhuha02, TikTok @aburizkitraveltours
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak Selangor Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.