Syamsul ralat tak dapat jumpa Sarah, mahu bincang giliran bermalam

Pada pagi ini, pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) untuk kes permohonan penceraian mereka.

Memetik laporan Harian Metro, pengarah kontroversi tersebut meluah rasa kecewa apabila harapannya untuk berjumpa Puteri Sarah di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini, tidak kesampaian.

Syamsul yang diwakili sepupunya, Muhammad Nazri hari ini walau bagaimanapun menghormati proses JKP yang dijalankan secara berasingan itu hingga menyukarkannya untuk mencari jalan pendamaian.

‘Wakil’ jadi perantara Syamsul & Sarah

Nak bincang dengan Sarah giliran bermalam
Syamsul menjelaskan perkara yang dia ingin berbincang dengan isterinya, Sarah mengenai giliran bermalam bersama isteri-isterinya.

“Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.”

Syamsul menyangkakan bahawa dia akan berpeluang untuk berjumpa isteri pertamanya itu, namun proses JKP yang dijalankan adalah berasingan.

Berpisah bukan suatu penyelesaian!
Menurut pengarah filem ini lagi, banyak faktor lain yang dia perlu fikirkan malah perpisahan bukan suatu penyelesaian yang mudah untuk dia lakukan.

Disebabkan itu, dia perlu berjumpa Puteri Sarah untuk berbincang dan menyelesaikan konflik ini dengan baik dan harmoni.

“Penceraian bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya, ramai orang yang mengalami masalah besar selepas bercerai seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi.”

Dalam pada itu, pengarah filem The Original Gangster ini juga akan mempertimbangkan permintaan isterinya, Sarah untuk dilepaskan jika wanita itu bersemuka dengannya.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur atas alasan sudah tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Sumber : OMM

About admin

Check Also

Apakah Beza Di Antara Istilah Perempuan, Wanita dan Betina?

Jika anda menulis tentang jantina manusia, lebih mudah untuk anda berbicara tentang kaum lelaki berbanding …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *